Wednesday, April 6, 2011

Segalanya Bermula - Part 2

Salam sejahtera semua pada pembaca blog bubble lebam. Untuk bahagian kedua ni, aku nak cerita mengenai HIV test. Seperti semua sedia maklum especially bakal-bakal pengantin, HIV test merupakan salah satu procedure yang semua orang wajib lakukan sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Tujuan pemeriksaan kesihatan ni, korang boleh rujuk laman web rasmi JAIS 

Khamis minggu lepas aku pergi klinik kesihatan kajang. Memandangkan aku memang tak pernah ambil tahu langsung mengenai HIV test ni, tak tahu pula nak kene buat appointment sebelum datang. Info yang aku dapat, dorang buat hari Rabu dan Jumaat sebelah petang. Bila sampai ke klinik, dorang minta aku datang 16/4. Dengan rasa teragak2, nurse tu cakap mungkin hari rabu. Esoknya aku check balik, 16hb tu hari sabtu. Aku call balik klinik, dan mungkin rezeki aku kot, dorang minta aku datang hari tu juga pukul 2.45 petang disebabkan ada yang cancel  appointment last minute. Fuhhhh lega sangat. Nak buat HIV test pun ada limit juga ye.


Boleh tahan ramai juga kat klinik ni walaupun hari bekerja


Isi borang dulu sebelum ambil no giliran 



 Menunggu giliran. Hampir satu jam juga la nak menunggu..mengantuk la


 Bilik no 10. Nak menunggu giliran sikit punya lama, tapi nak buat pemeriksaan tak sampai 5 minit pun


Ouchhhh jari ku sakit (eleh mengada betul la cik bubble ni, baru kene jentik dengan jarum sikit pun dah sakit)


result dapat masa tu juga, kene tunggu dalam 10 minit macam tu la. So HIV test - setel

No comments:

Post a Comment