Tuesday, January 4, 2011

Awas!! Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!


baca tajuk pun dah seram..korang mesti tau pasal rawatan kaki menggunakan ikan..rendam kaki kat satu tempat mcm kolam tu dengan dipenuhi ikan2 kecik yg sedia memberi rawatan dgn makan kulit2 mati dan kuman kat kaki korang..bunyi mcm best je kan..ye la rendam je kaki korang..ikan2 kecik tu berebut nk makan kuman2 yg melekat kat kaki korang..

masa rawatan ni tgh femes dan digilai ramai..aku sikit pun tak tertarik..sbbnya bila aku tgk org ramai berkerumun dan masing2 masukkan kaki ke dalam kolam tu..aku terpikir bape byk kuman yg ikan ni makan satu hari..hahaha geli plak memikirkannya..

cuba bayangkan lepas ikan ni makan kulit2 mati kat kaki org lain then berpindah plak kat kaki korang at the same time..serius, aku mmg geli la bila tgk ikan2 ni berkerumun kat kaki org2 yg guna rawatan ni..biarlah org kata best la ape la aku tetap xkn guna kaedah ni utk buat rawatan kaki

syukur alhamdulillah..nasib baik aku tak penah cuba..bila baca info kat bawah ni membuatkan aku lebih nekad utk tidak mencuba kaedah rawatan kaki menggunakan ikan..sedikit info utk dikongsi bersama..info ni aku dapat dari email yg membe2 aku fwd pd siang tadi

so pd korang yg still berniat nak terus menggunakan fish spa ni, maybe boleh tanya pd pakcik google tentang kesahihan info ni


Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”


Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”


Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.


Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.


Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika

No comments:

Post a Comment