Tuesday, May 24, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri


Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 


Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)



Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang *hendak kita pergi.




Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.




Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.




Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.


Monday, May 23, 2011

Preparation Bermula

Salam dan selamat pagi. Harini aku nak update apa aku buat sepanjang weekend yang aku katakan aku akan mula bz dengan keje-keje preparation majlis aku nanti. Sebenarnya tak bz mana pun dek disebabkan ramai tangan-tangan yang sudi membantu. Caya lah pada mak bapak aku, tak lupa juga pada adik beradik dan juga ipar duai aku yang memang banyak membantu aku dalam memastikan semua kelengkapan siap. Dah macam speech lepas dapat anugerah pulak. Ok takmo entry panjang lebar tapi merepek meraban, mari kita terus kepada isi entry

Hari Sabtu lepas, aku bersama mak, atuk, kakak dan juga abang ipar aku ke nilai 3, mana lagi mau pegi kan. Bagi yang duduk area berdekatan, nilai 3 ni kira memang satu tempat yang wajib pegi la untuk bakal-bakal pengantin membeli barang atau peralatan majlis kenduri perkahwinan. Tapi ada juga yang dok Kedah pun datang ke nilai 3. Ini kan pula aku yang dok Kajang je kan. Kalau tak pegi nilai 3 rasa macam tak complete je. Mengada-ngada.

Singgah beli air. Tekak kering sebelum memulakan langkah menghabiskan duit.

Pusing punya pusing, sampai tangan dah lenguh dok pulas stereng ke kiri ke kanan, kaki rasa macam dah kejang tekan minyak dengan brek. Nasib baik kete auto, kalau manual memang confirm hari ni keje aku MC. Alasan tak munasabah. Akhirnya aku memilih untuk ke kedai Astana Mayang Sari.
Dalam banyak-banyak kedai, kedai ni menarik perhatian kami sekeluarga. Actually lepas survey banyak kedai, semua harga lebih kurang je. Dan ini satu-satunya kedai yang menjual bunga menepati citarasa aku. Sangat cantik dan yang pasti harga mesti mau MURAH. 


Pilih jangan tak pilih. Aku tak beli pun souvenir ni sebab dah ada. So tak payah buang masa nak pi belek lagi. Next.



Ni contoh hantaran yang dorang display kat main entrance. Kaler dia? Sangat memukau mata. Decoration dia? Superb. Memang cantik la. Sampai aku rasa macam nak tukar kaler tema. Dan yang pasti bila idea tu keluar dari mulut aku, aku kene marah dengan mak sebab tak tetap pendirian. Nak buat macam mana kan? Dah cantik, mestilah aku nak. Tipu la kata aku tak impikan pelamin yang cantik, baju yang cantik etc. Tapi abang ipar aku telah memujuk aku dengan mengatakan nanti kita buat pelamin lagi cantik. Ok mood untuk bershopping telah kembali ke tahap 100%
 

Letak bunga besar-besar keliling macam ni pun nampak cantik. Waduh-waduh, gawat ini. Aku sudah semakin rambang mata occay. Itu nak ini nak. Bila tengok mak menjeling, aku paham la maknanya mak suruh aku jangan mengada-ngada sekali lagi. Next.



Rambang mata wa cakap lu. Sapa tak rambang mata pegi nilai 3, memang korang hebat la. Itu cantik ini cantik. Ini baru separuh, belum lagi aku masuk side sebelah lain plak. 


Kenapa aku pilih kedai ni? Tengok la main entrance dia je dah boleh memukau hati aku. Gila kentang cantik. Harga pun takdelah mahal sangat. Dan yang pasti banyak pilihan. Semua kedai pun banyak pilihan. So ikut korang la nak pilih kedai yang mana. Percaya tak aku berjalan sana sini dalam kedai ni je hampir 3 jam. Fuh!!! Tapi hasil yang aku dapat sangat memuaskan hati. So pada hari Sabtu tu aku driving balik dengan senyuman yang puas.


Nantikan sambungan akan datang.

Friday, May 20, 2011

Save Malaysia! Stop Lynas!

Sedikit Info :

By The People's Green Coalition
There will be a solidarity walk from KLCC to the Australian Embassy on May 20th @ 2.30pm to hand in a memorandum  to stop Lynas from exporting hazardous materials to Malaysia.

Solidarity Walk

May 20, 2011
Friday 2.30pm

Meet at KLCC
Walk to the Australian Embassy

The Save Malaysia Stop Lynas Group will hand in a memorandum  to stop Lynas from exporting hazardous materials to Malaysia

Please come to support the people of Pahang to safeguard their health from pollution and radioactive waste!

Background Information 
An Australian rare earth company Lynas Corporation is constructing a refinery in an area closed to densely populated fishing communities and the city of Kuantan.
Local residents and environmentalists in Malaysia have since got together to stage a series of protest actions against the project which will leave behind a huge amount of radioactive wastes containing a cocktail of other hazardous substances.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas lunch kat KLCC tadi aku nampak ramai umat manusia berkerumun depan bangunan Public Bank dan sepanjang jalan nak ke Embassy Of Austalia. Terfikir gak aku kenapa dorang berdiri berkumpul macam tu macam seolah-olah menyaksikan sesuatu sehingga menarik perhatian mereka untuk berkumpul. Dah seminggu rasanya aku tak baca paper. Entah. Takde hati nak baca paper la sepanjang minggu ni.

Oh ya, aku baru teringat masa nak ke KLCC tadi ramai polis berhimpun depan bangunan Embassy Of Austalia. Ingatkan ada perarakan diraja rupanya pasal hal ni. Yang paling best bila aku lalu sebelah lori FRU dorang jerit BERSIAP!! BERSIAP!! wahhhh macam menarik je untuk membuatkan aku stay lama nak tengok apa akan jadi lepas tu. Tapi apa kan daya, big bos aku call suruh aku buat satu keje untuk dia. Kacau daun betul la.



Sila klik gambar untuk melihat tulisan pada sepanduk yang dorang pegang tu. Gambar kedua, berderet-deret lori FRU ni. Adalah lebih 5 biji rasanya. Ni je ke gambar? Disebabkan kelalaian aku, aku terdelete gambar-gambar lain. Ni pun nasib baik terselamat sebab MMS kat en.tunang

Weekend Yang Sibuk

Salam semua. Hari ni aku nak cite mengenai weekend aku. Apa daa. Weekend belum lagi tapi sibuk nak cerita pasal weekend. Seperti yang korang tau, aku hanya ada lagi seminggu sebelum my big day itu bakal tiba. Ini bermakna, weekend ni adalah weekend yang terakhir untuk aku buat segala persiapan untuk majlis aku nanti.

Apa barang yang dah siap? Takde apa yang siap 100%. Semua masih dalam proses. Gila kan aku sebab lagi 8 hari je lagi apa pun tak siap lagi. Itu belum lagi gila sebab sampai hari ni aku tak sure baju pengantin aku dah siap ke belum. Huk huk huk. Tapi takpe, kalau niat kita betul, insyaallah Tuhan pasti akan membantu.

So aktiviti aku esok dan lusa adalah berjalan ke serata alam semata-mata nak membeli belah bagi mencukupi segala keperluan masa majlis aku nanti. Lokasi? Entah. Aku tak fikir lagi nak ke mana. Tengok la malam ni aku tido mana tau dapat ilham ke. Tapi destinasi aku ke nilai 3 esok, itu sudah pasti. Ada beberapa barang yang dah aku usha dari awal bulan haritu cuma tak berkesempatan nak beli sebab bala tentera aku 2 orang tu (mak dan adik pompuan) dah tak larat nak berjalan. Ni yang aku malas nak bawa dorang, tak bawa kang merajuk.

Apa pun aktiviti aku weekend nanti, akan aku update kemudian beserta dengan gambar. 

Wednesday, May 18, 2011

10 Masjid Terbesar Di Dunia

1. Masjidil Haram di Mekah


Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di seluruh dunia dimana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi arah kiblat solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4.008.020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih daripada 4 juta jemaah samada di dalam ruang masjid ataupun diluar. Masjid yang tidak pernah sepi dan setiap saat selama 24 jam selalu ada umat yang beribadah, baik mengerjakan solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingi Kaabah). Masjidil Haram adalah masjid yang paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia dikala musim ibadah haji setiap tahun.


2. Masjid Al-Nabawi Madinah



Masjid Al-Nabawi Madinah Al Munawaroh
Siap umat Islam di dunia mungkin tidak mengenali masjid ini kerana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi orang muslim selain Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Aqsa di Yerusalem. Merupakan tempat peristirahatan terakhir dari Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ibadah haji juga dipastikan akan mengunjungi masjid terbesar ke-2 di Arab Saudi malahan di dunia juga.


3. Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran



Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad Iran
Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mengandungi makam Imam Ridha, Imam kelapan Syi’ah Imamiyah dan dikenal sebagai masjid terbesar ketiga di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid merangkumi Masjid Goharshad, museum, perpustakaan, empat seminari, kubur, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat, dan lain-lain bangunan.


4. Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia



Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia
Masjid yang dibangun di era lama di saat pemerintahan Presiden Soekarnao ini sehingga kini masih lagi digelar sebagai Masjid Terbesar di Asia Tenggara, walau kebanyakan masjid-masjid baru mula muncul dan megah namun secara keseluruhan belum lagi boleh menandingi kebesaran Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia melepaskan diri dari belenggu penjajahan.
 

5. Masjid Hasan II Maroko


Masjid Hasan 2 Maroko
Masjid yang berada di Casablanca ini direka oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih daripada 200 meter, di mana menara tersebut menghadap terus ke Samudera Atlantik


6. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan

 

Masjid Faisal Islamabad Pakistan
Masjid Faisal ini saat ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menyandang pgelaran sebagai masjid terbesar di dunia daripada 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid kebangsaan Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribuan jemaah.


7. Masjid Badhshahi Lahore Pakistan


Masjid Badhshahi Lahore
Juga dikenali dengan nama lain iaitu Masjid Sultan, Masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti sehingga 100 ribu atau lehih dan berada betul-betul di tengah kota Lahore Pakistan.


8. Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi UEA


Masjid Sheikh Zayed Abu Dhabi
Nama masjid diambil sempena nama Presiden pertama Uni Emirat Arab Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mula digunakan oleh penduduknya pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut.


9. Masjid Jami” Delhi India


Masjid Jama" Delhi Lama India
Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini merupakan masjid lama di India, masjid yang dibina di prakarsai oleh pembuat Taj Mahal Kaisar Mughal Shah Jahan dibina pada tahun 1656 Masehi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat bukan sahaja memenuhi seluruh ruang di dalam masjid bahkan di luar masjid.


10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh


Masjid Al-Mukkaram Bangladesh
Masjid ini berada tepat di jantung ibukota Bangladesh Dhakka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan, masjid ini dibina sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu umat, namun dalam perkembangannya ditambahkan menjadi 40 ribu umat  dalam satu masa.


Kredit kepada : KLIK SINI
Nota kaki : Ada beberapa ayat yang terpaksa diedit mengikut kesesuaian.