Tuesday, March 8, 2011

Apa aktiviti kat ofis bila internet tak ada???

hari ni dah masuk hari yang ke-3 ofis cik bubble takde internet..susah juga kan kalau internet takde ni..satu hal sebab bosan tak boleh nak layan facebook, layan forum dan layan segala hal yang berkaitan internet (nampak sangat la cik bubble ni kejenya kat ofis suka LOGIN benda bukan2)..cik bubble bukan macam tu occay..maksud cik bubble tadi ialah susah nak berinteraksi dengan orang lain yang memerlukan cik bubble menggunakan email..kejap2 pinjam BERUKBAND ofismate...ALASAN!!!!

disebabkan tak semua ada BERUKBAND kat ofis, so masing2 buat aktiviti bebas sementara menanti dengan penuh harapan moga2 ada la internet dalam masa terdekat..so sementara menanti, macam2 gaya cik bubble tengok kat dalam ofis tu..

gaya seorang boss yang tensen sebab nak email pada customer pun tak boleh...alaaaa apa susah, pegi jela mana2 starbucks terdekat..poket tebal pun still ada masalah macam ni ke? ngeeeeeee



ni fokus buat keje ke atau boring sebab internet takde?


haaa yang ni kes parah untuk fulltime/professional blogger..kalau line internet takde, dah macam business tak berjalan kalau ada business..haru jadinya


tido atas meja mengadap PC? owhhh pemandangan macam ni dah biasa sejak 3 hari yang lepas..dan cik bubble la salah seorang dari mereka yang tido depan PC sementara menanti mana2 BERUKBAND yang free untuk cik bubble pinjam..



ada seorang ofismate tanya cik bubble, macam mana la orang dulu2 buat keje takde internet ni..so cik bubble pun terfikir, mungkin perubahan taraf hidup manusia semakin meningkat, kita sebagai manusia dah biasa dengan apa yang dah tersedia depan mata, sekali benda tu takde itu yang nampak susah..

KESIMPULAN : internet ni sebenarnya merupakan satu keperluan masa kini..internet bukan saja medium untuk cari info, tapi juga tempat untuk cari rezeki seperti bizz online dan macam2 lagi la..cuma berbalik pada diri sendiri juga sebenarnya macam mana cara untuk kita menggunakan internet..






notatangan : gambar2 diatas di copy n paste dari mr.google..tq pada mr.google

No comments:

Post a Comment