Thursday, June 23, 2011

Adakah Anda Benar-Benar Islam?


Assalamualaikum... Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca thread ini.... 3 minit je, tak lama pun.

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.

Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat" Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah.. "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi"

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa?

Gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

Wallahualam… 


Notakaki : Jika anda suka dengan info ini, sila share pada yang lain. TQ

Wednesday, June 22, 2011

Owh Asyiknya!!!

Salam semua. Dari pagi tadi selepas melangkah masuk ke ofis, keje yang bakal menanti aku ni beratur panjang sampai tak cukup jari nak mengira betapa banyaknya keje aku pagi tadi. Kejap ke sana, eh lepas tu print ke situ plak. Maklum la printer cuma sebijik kat ofis ni. Itu la satu-satunya printer buah hati pengarang jantung kami satu ofis. Bila dah ramai sangat yang print dalam satu masa, hambik ko..beratur la kami seperti menunggu ingin membeli makanan di kantin sekolah rendah. 

Fuh!!! Baru setel keje aku semua. Dengan pantas tangan mencapai tetikus hitam ku dan segera mengarah cursor ke ikon Mozilla Firefox. Google Chrome aku sejak akhir-akhir ni dilanda penyakit siput babi. Buat aku menyampah je kalau nak surf guna Google Chrome. Apa benda yang aku nak surf? Of coz la FB kan. Korang yang ada FB lagi-lagi bila banyak masa terluang kat ofis tu, sehari tak masuk FB mesti tak boleh kan? Elak macam mana pun tangan tu tetap menggedik untuk menaip perkataan Facebook. 

Best bila tengok perkembangan kawan-kawan. Percaya atau tak, FB ni telah membantu aku keep in touch dengan ramai kawan-kawan sekolah yang dah lama lost contact. Untuk itu, aku ucapkan terima kasih pada Mark Zuckerberg kerana telah mencipta Buku Muka @ Facebook ini. Tetibe je aku teringat satu video yang suami aku bagi. So touching occay especially bila video ini diberi oleh orang yang paling kita sayang.


 

Tapi untuk part yang depan je la. Yang belakang tu bila story pasal salah paham, aku abaikan sebab dah merepek dah dan kalau boleh aku tak nak terjadi pun dalam hidup kami suami isteri. Bila tengok video ni berkali-kali, aku rasa rindu sangat kat suami aku. 

 Untuk pengetahuan korang, suami aku sekarang berada di Labuan dan aku masih di sini, di kota KL yang tak pernah lekang dengan manusia yang sentiasa ada urusan. Ikut perancangan, insyaallah aku akan stay bersama suami awal tahun depan. 

Ok, berbalik pada rindu, ye aku tak malu tau nak mengaku kat blog aku yang aku tersangat rindukan suami aku. Buat apa nak malu, bukan aku buat dosa pun mengaku aku rindu suami sendiri, malah perasaan macam ni lah bagus terutama pada mereka yang baru berkahwin. Sapa tak sayang suami beb!! Asal tengok video macam ni, aku rasa sebak semacam. Rasa rindu yang teramat dalam, susah untuk diungkap melalui kata-kata.

Apa yang pasti, perasaan sebegini sangat asyik u ols. Perasaan yang halal kan. Memanglah mengasyikkan. Serius cakap, aku tak pernah rasa perasaan macam ni masa bercintan cintun mahupun masa bertunang dulu. Pada yang bakal mendirikan rumah tangga, berkahwin ni satu ibadat dan sangat best lagi-lagi dapat suami yang best. Best macam mana yang aku maksudkan? Yela, pegi mana-mana bila kita perlukan sesuatu, suami sedaya upaya dapatkan, pastu bila rasa kita tak selamat, suami cuba menjadikan keadaan supaya kita si isteri rasa selamat bersama suami.

Anyway, Sabtu ni suami akan balik ke Kajang. Tak sabar rasanya nak berjumpa dan rasa dup dap dup dap tu masih ada walaupun selepas berkahwin apabila memikirkan akan berjumpa suami nanti di KLIA. Tak sabar untuk bergurau senda, bergelak ketawa dan yang pasti usik mengusik bersama suami aku yang sangat sporting.

Tuesday, June 21, 2011

Masjid Paling Aneh Di Dunia

Pagi-pagi ni saja aku nak share info yang aku dapat dari buddy aku melalui email. Info yang sangat menarik



Bentuknya sederhana, namun jemaahnya datang dari segenap penjuru desa sebelum waktu solat masuk. Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” ( bermaksud “ Anggap Saja Sudah Makan”). Sangat aneh bukan? Di sebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ,ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir kota Istanbul tinggal seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar beliau tidak membeli apa-apa. Jika dia merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia akan berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”

Apa yang dia lakukan setelah itu? wang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak tabung. Begitulah yang dilakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali hanya untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya untuk membangunkan sebuah masjid.

Tanpa terasa perit, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab. Oh ya, masjid ini juga tidak mempunyai bumbung dan permaidani





 

Akhirnya, Khairuddin berjaya merialisasikan cita-citanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, jika Khairudin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iaitu membangunkan sebuah masjid dan kahirnya berjaya.

Todak banyak orang yang menyangka bahawa Khairuddin seorang yang luar biasa dan orang yang kaya yang lain tidak dapat berbuat kebaikan seperti Khairudin Afandi. Setelah penduduk desa mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, mereka pun sepakat memberi nama masjid itu dengan nama : "Shanke yadem" (Anggap Saja Saya Sudah Makan)

**mampukah kita berbuat segalanya seperti yang dilakukan oleh Khairuddin Afandi? semoga beliau dirahmati Allah dan dibalas dengan istana syurga







Sumber: Masjid Paling Aneh di Dunia | Paradigma MUKMIN

Monday, June 20, 2011

♥ My Big Day - Part 1 ♥

Salam semua..fuh berhabuk blog aku ni haaa dek non oi!!! Ni la natijahnya dek kerana lama bebenor aku tak update blog. Nak buek cmno kan. Ahkak ni sibuk dengan hari besar kedua belah pihak ditambah dengan coti-coti Malaysia u ols. Sangat best haoneymoon bersama suami tersayang. Opppsss tetibe mengaku akak plak. Dah perasan diri makin tua gamaknya.

Gambar kawen? Bawak banyak-banyak bersabar ye. Ada banyak hal aku nak setelkan sebelum hidup kembali seperti biasa. Kalau tak sebelum ni ada je benda nak dibuat. Penat dek oi penat tapi berbaloi baloi (pinjam tagline celcom blue jap). So untuk entry kali ni aku selitkan la beberapa keping gambar kawen aku, sikit je dulu. Insyaallah ada kelapangan aku update gambar yang lain plak

Tarikh : 29 Mei 2011 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1432 H
Lokasi : Dewan Serbaguna, Kg. Pandan Dalam, Ampang Sel








Tarikh : 5 Jun 2011 bersamaan 3 Rejab 1432 H
Lokasi : Batu Kurau, Taiping Perak





Hari ni secara rasminya aku masuk ofis dengan membawa title baru dalam hidup aku. Kalau ada kelapangan nanti aku update gambar yang lain occay. daaaaaaa



Wednesday, May 25, 2011

Owh Sakan Korang Sakat Aku Eh!!!

Yeahhh harini last day aku kat ofis. Eh eh bukan aku nak resign tau. Tapi last day aku sebelum aku mula bercuti panjang dan juga last day aku bergelar bujang, insyaallah selepas 3 minggu akan datang aku akan kembali bekerja dengan membawa title yang baru dalam kamus hidup aku.

So sepanjang minggu ni, macam biasa lah bila bekerja dengan orang sekeliling yang memang peramah ni. Sakat menyakat dah jadi satu lumrah. Sapa yang tak tahan dengan sakat dorang ni, mau bernanah wooo hati korang. Tapi aku ni memang hati kering. Satu ofis termasuk big bos aku pun cakap aku ni orang sekeliling cakap apa pun aku relax je. Ko nak melenting watpe. Mulut orang bukan korang boleh tutup dengan sellotape. So sepanjang minggu ni adalah minggu menyakat aku.

Si A : Amboiiii kuatnya makan, jangan makan banyak-banyak, kang tak muat baju pengantin nanti. Patah pulak kerusi bersanding.
Aku : Hanya membalas dengan senyuman je.

 Si B : Apesal aku tengok muka ko ni masam je. Senyum la sikit. Orang lain pun nak kawen juga tapi takdelah stress macam ko ni.
Aku : Eeh, aku rasa aku dah senyum sampai ke telinga pun ko cakap aku masam. Sian, muda-muda dah rabun (ni aku cakap dalam hati la sambil tersenyum)

Si C : Wah happy nampak. Yela kan orang tu nak kawen. Mesti tak sabar-sabar nak jadi raja sehari
Aku : Hanya mampu tersenyum lagi.

Si D : Sejak menjak ni aku tengok muka ko berseri betul. Dah tak sabar-sabar nak nikah dah ke?
Aku : Benda baik buat apa nak lambat-lambatkan. Tak elok

Banyak la lagi sakat menyakat untuk aku minggu ni. Tapi takpe. Apa jua yang dorang nak cakap, aku REDHA je. Sikit pun tak berkudis di hati aku sebab itu aje modal dorang untuk bergurau senda dengan aku. Itu belum ada lagi member-member aku yang lain siap nak jirus air kat aku masa bersanding nanti. Gila kentang dorang ni. Apesal tak campak je aku kat lombong. Senang sikit keje korang kan.

Ape pun, mungkin blog aku akan sunyi untuk seketika. Dan aku akan kembali bersama-sama gambar kawen dan juga honeymoon. Bila blog aku dah sunyi ni, jangan korang pun sunyi dari jenguk blog aku. Insyaallah ada masa nanti sepanjang cuti tu akan aku update blog aku bila-bila aku free.