Assalamualaikum
Lepas raya haritu, sebelum balik Labuan, dek kerana dah janji nak tolong BFF aku yang baru buka butik pengantin tapi takde model untuk memperagakan koleksi busana yang terbaru, maka aku dengan tergedik-gediknya budget kurus la kan, dengan rela hati menawarkan diri untuk jadi model. Dan yang paling tak sangka u olsss, my hubby pun dengan tanpa dipaksa, menawarkan diri untuk jadi model. bak kata BFF aku, rezeki jangan ditolak.
Sampai kat butik, ingatkan kami yang paling lambat, rupanya mak andam lagi lambat. Alahai, aku bukan apa, anak menyusu badan kan. Mana la boleh tinggal lama-lama sangat. Nak mengempeng je hobinya. Tapi dek kerana dah janji. Layannnzzzzzz
So selepas beberapa minit touch up muka sana sini, maka ini lah hasilnya...enjoyyyyy guysssss
Untuk hubby, sempat photoshoot banyak koleksi sebab tak perlu nak makeup bagai, datang terus photoshoot. Tak macam aku, nak tunggu mak andam satu hal, lepas tu touch up pun dekat setengah jam sebab aku request simple makeup je. Itu pun terhangguk-hangguk tunggu nak setel.
Pada aku, pelamin memang cantik, ikut korang nak pelamin macam mana, insyaallah boleh buat. Sekarang ni ada harga pakej. Yang penting pakej memang menarik sesuai dengan harga yang memang super debooommmm. Bukan sebab owner butik ni bff aku, tapi kalau aku tak kawen lagi, memang aku ambik dengan dia la sebab berpatutan.