Wednesday, May 25, 2011

Owh Sakan Korang Sakat Aku Eh!!!

Yeahhh harini last day aku kat ofis. Eh eh bukan aku nak resign tau. Tapi last day aku sebelum aku mula bercuti panjang dan juga last day aku bergelar bujang, insyaallah selepas 3 minggu akan datang aku akan kembali bekerja dengan membawa title yang baru dalam kamus hidup aku.

So sepanjang minggu ni, macam biasa lah bila bekerja dengan orang sekeliling yang memang peramah ni. Sakat menyakat dah jadi satu lumrah. Sapa yang tak tahan dengan sakat dorang ni, mau bernanah wooo hati korang. Tapi aku ni memang hati kering. Satu ofis termasuk big bos aku pun cakap aku ni orang sekeliling cakap apa pun aku relax je. Ko nak melenting watpe. Mulut orang bukan korang boleh tutup dengan sellotape. So sepanjang minggu ni adalah minggu menyakat aku.

Si A : Amboiiii kuatnya makan, jangan makan banyak-banyak, kang tak muat baju pengantin nanti. Patah pulak kerusi bersanding.
Aku : Hanya membalas dengan senyuman je.

 Si B : Apesal aku tengok muka ko ni masam je. Senyum la sikit. Orang lain pun nak kawen juga tapi takdelah stress macam ko ni.
Aku : Eeh, aku rasa aku dah senyum sampai ke telinga pun ko cakap aku masam. Sian, muda-muda dah rabun (ni aku cakap dalam hati la sambil tersenyum)

Si C : Wah happy nampak. Yela kan orang tu nak kawen. Mesti tak sabar-sabar nak jadi raja sehari
Aku : Hanya mampu tersenyum lagi.

Si D : Sejak menjak ni aku tengok muka ko berseri betul. Dah tak sabar-sabar nak nikah dah ke?
Aku : Benda baik buat apa nak lambat-lambatkan. Tak elok

Banyak la lagi sakat menyakat untuk aku minggu ni. Tapi takpe. Apa jua yang dorang nak cakap, aku REDHA je. Sikit pun tak berkudis di hati aku sebab itu aje modal dorang untuk bergurau senda dengan aku. Itu belum ada lagi member-member aku yang lain siap nak jirus air kat aku masa bersanding nanti. Gila kentang dorang ni. Apesal tak campak je aku kat lombong. Senang sikit keje korang kan.

Ape pun, mungkin blog aku akan sunyi untuk seketika. Dan aku akan kembali bersama-sama gambar kawen dan juga honeymoon. Bila blog aku dah sunyi ni, jangan korang pun sunyi dari jenguk blog aku. Insyaallah ada masa nanti sepanjang cuti tu akan aku update blog aku bila-bila aku free.

No comments:

Post a Comment